Dajjal

Perihal dajjal yang diketahui akan muncul pada akhir zaman mengundang pelbagai spekulasi seperti yang anda baca di blog-blog teori konspirasi yang asshole. Sebahagian petikan lucu dari salah satu blog teori konspirasi.

Begini saudara, niat saya untuk memberitahu KEBENARAN, agar kita semua tidak GILAKAN sangat DUNIA ni. Contoh, kita bermegah dengan kereta BMW ke, Ferrari ke, handphone NOKIA ke, tp sebenarnya produk-produk itu pihak mereka yang ciptakan. Maka apa gunanya bermegah dengan barangan Dajjal? Dan sebagainya lah, boleh fikir sendiri tu”

Mungkin si dia ini dari jenis sibuk menulis tulisan sampah dan tak berduit atau dalam bahasa lain pemalas dan mengharap kajian teori konspirasinya bertukar menjadi tiket ke syurga hingga mahu beli nokia 3310 pun tidak mampu.Bermegah dengan nokia??? WTH??. Jadi dengan blog tulisan main hentamnya dia boleh mendajjalkan produk-produk yang dia tak mampu beli. saya ulangi mungkin. dalam tak sedar dia menulis dalam blog “wordpress”. Mungkin wordpress datangnya dari malaikat jadi ianya dibenarkan, dia juga mungkin menggunakan kalkulator versi islamik untuk menaip dalam wordpress sebab komputer milik dajjal. siapa tahu.

Apa yang aku nak tulis kat sini bukan pasal di atas. pergi mampus la sama mereka. aku cuma nak berkongsi jenaka. Dalam umur sekarang aku dah tak peduli pasal win talk. Aku dah tak peduli pasal ideologi kau. aku tak peduli pasal apa yang kau rasa betul dan apa yang kau rasa salah. pergi mampus dengan kau. kau nak jadi bodoh kau boleh pergi mampus. lubang taik aku sikit pun tak terjejas. Kalau aku nak cakap aku betul kau salah, kau pun nak cakap kau betul aku salah sampai mampus pun tetap macam tu lepas tu dua-dua jadi bodoh. baik aku biar je kau jadi bodoh. Yang penting aku tahu apa yang aku buat, aku jujur dengan apa yang aku lakukan, untuk aku atau untuk orang lain. Aku percaya dengan apa yang aku percaya. Aku dengan Tuhan aku. Aku dengan agama aku. Semuanya hal aku. peduli apa kau! 

Berbalik pada tajuk asal, Dajjal. Hahh! sebenarnya dajjal tu robot! mata satu yang digembar-gemburkan tu sebenarnya sensor di bahagian kepala robot tu. sebab sensor tu kena letak tinggi untuk mengesan kawasan sekeliling. neraka dekat tangan kiri tu sebenarnya machine gun. syurga dekat tangan kanan robot tu sebenarnya mesin bancuh Slurpee!

Teringin betul aku nak minum slurpee! bodoh betul qatar ni tak ada 7e.

Comments
blog comments powered by Disqus